Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Login
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan: Tutorial: Pembaharuan Pinjaman
LibGuides@University of Malaya Library: Subject Guides
Repositori dan Arkib Digital
Lawati Blog Perpustakaan!
Soalan Lazim

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Soalan LazimRujukan

  1. Bagaimanakah cara untuk menggunakan katalog Perpustakaan?
  2. Di manakah saya boleh mendapatkan koleksi mikrofom?
  3. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan untuk membuat penyelidikan?
  4. Pensyarah saya ada memaklumkan, bahan rujukan untuk kursus ditempatkan di Koleksi Teras Akademik. Di manakah lokasinya?
  5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bahan yang relevan daripada Internet?
  6. Saya tidak dapat mengesan buku yang saya perlukan di rak walaupun Katalog menunjukkan buku berkenaan tidak dipinjam.
  7. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan artikel jurnal?
  1. Bagaimanakah cara untuk menggunakan katalog Perpustakaan?

    Gunakan “Quick Search”, masukkan kata kunci dan tekan butang “Words or Phrase”



  2. Di manakah saya boleh mendapatkan koleksi mikrofom?

    Permohonan untuk mendapatkan mikrofom boleh dibuat di pejabat Bahagian Perkhidmatan Pelanggan pada waktu pejabat.

    1. Lihat Kenali Perpustakaan Anda; Perpustakaan Utama; Bahagian Perkhidmatan Pelanggan


  3. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan untuk membuat penyelidikan?

    Majukan pertanyaan kepada Pustakawan Rujukan yang sentiasa bersedia membantu.



  4. Pensyarah saya ada memaklumkan, bahan rujukan untuk kursus ditempatkan di Koleksi Teras Akademik. Di manakah lokasinya?

    Bahan rujukan untuk sesuatu kursus ditempatkan di Koleksi Teras Akademik berhampiran Kaunter Perkhidmatan. Koleksi ini disediakan untuk semua pelajar yang mengambil kursus yang berkenaan. Sila ke Kaunter Perkhidmatan bagi meminjam bahan yang dikehendaki.



  5. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan bahan yang relevan daripada Internet?

    Terdapat berbagai cara untuk mendapatkan bahan daripada Internet. Cara yang paling mudah ialah dengan menggunakan enjin gelintar (search engine) sedia ada seperti google scholar, yahoo dsb.



  6. Saya tidak dapat mengesan buku yang saya perlukan di rak walaupun Katalog menunjukkan buku berkenaan tidak dipinjam.

    Semak sama ada anda di rak yang betul. Sekiranya anda di rak yang betul, pastikan anda di lokasi yang tepat. Buku dirak disusun mengikut nombor panggilan serta mengikut abjad. Lihat juga di rak yang berhampiran kerana ada kemungkinan ianya tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya.

    Terdapat juga kemungkinan buku berada di rak menyusun atau pelajar lain sedang menggunakannya di dalam Perpustakaan.

    Sekiranya semua usaha anda gagal, dapatkan bantuan dan nasihat dari Pustakawan Rujukan yang bertugas



  7. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan artikel jurnal?

    Semak sama ada jurnal berkenaan ada dalam koleksi Perpustakaan. Gunakan Pendeta Discovery atau Interaktif Web Portal bagi jurnal elektronik.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)