Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Login
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan: Tutorial: Pembaharuan Pinjaman
LibGuides@University of Malaya Library: Subject Guides
Repositori dan Arkib Digital
Lawati Blog Perpustakaan!
Perkhidmatan Perpustakaan

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Perkhidmatan PerpustakaanPinjaman

Buku rak terbuka boleh dipinjam oleh semua ahli berdaftar tertakluk kepada polisi sirkulasi perpustakaan. Bahan rujukan, jurnal dan koleksi terhad pula, hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan. Kaunter Perkhidmatan menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan.

  1. Hak Pinjaman

    Buku rak terbuka, Koleksi Teras Akademik dan buku bacaan bebas dipinjam di kaunter perkhidmatan.

    Kategori Keahlian Buku Rak Terbuka Koleksi Teras Akademik Koleksi Bacaan Bebas Denda Lewat Pemulangan
    Kakitangan
    Pensyarah (sepenuh masa/sementara) 60 bahan/ 60 hari

    1 bahan/ 7 hari

    2 bahan/ 14 hari

    RM0.50 sehari (buku rak terbuka)

    RM0.50 sehari (buku koleksi teras akademik)

    Pensyarah (kontrak/ Pelawat) 35 bahan/ 60 hari
    Pensyarah/ Pengajar Sambilan 15 bahan/ 60 hari
    Pengurusan dan Profesional 35 bahan/ 60 hari
    Staf Am 14 bahan/ 60 hari
    Pelajar
    Ijazah dasar 20 bahan/ 30 hari

    1 bahan/ 7 hari

    2 bahan/ 14 hari

    RM0.50 sehari (buku rak terbuka)

    RM0.50 sehari (buku koleksi teras akademik)

    Ijazah dasar (tahun akhir) 25 bahan/ 30 hari
    Diploma 20 bahan/ 30 hari
    Pasca Siswazah (PhD/ Sarjana) 30 bahan/ 30 hari
    Keahlian Khas
    Penyelidik (No. Gaji & Lantikan BSM 30 bahan/ 60 hari

    1 bahan/ 7 hari

    2 bahan/ 14 hari

    RM0.50 sehari (buku rak terbuka)

    RM0.50 sehari (buku koleksi teras akademik)

    Pelajar Pemerhati (Lebih dari 6 bulan) 12 bahan/ 30 hari
    UMCCED (Sepenuh masa sahaja) 20 bahan/ 30 hari
    Ijazah Tinggi (Pembetulan Tesis) Bayaran keahlian RM100.00 sahaja - - -
    Ahli Luar
    Alumni/Non-Alumni 2 atau 4 bahan/ 14 hari 1 bahan/ 3 hari 2 bahan/ 14 hari

    RM0.50 sen sehari (buku rak terbuka)

    50 sen sehari (buku koleksi teras akademik)

    Professor Emeritus (UM) 20 bahan/ 90 hari
    Pesara UM 4 bahan/ 30 hari



  2. Peraturan Pinjaman

    1. Ahli yang ingin membuat pinjaman bahan harus menunjukkan kad kampus atau kad keahlian di kaunter perkhidmatan atau menggunakan mesin layan diri.
    2. Peminjam tidak dibenarkan meminjam atau memperbaharui peminjaman mewakili ahli perpustakaan yang lain.



  3. Pembaharuan

    Semua koleksi rak terbuka kecuali Koleksi Bacaan Bebas dan Koleksi Teras Akademik boleh diperbaharui sebanyak 3 kali kecuali bahan telah ditempah oleh pengguna lain.

    1. Lihat Tutorial; Pembaharuan Pinjaman Bahan Online; Terma dan Syarat


  4. Reservations

    Buku yang telah dipinjam oleh orang lain boleh ditempah. Tempahan boleh dilakukan di Kaunter Perkhidmatan.



  5. Pencarian Buku

    Sekiranya buku yang dicari tidak ditemui dan tidak dipinjam oleh orang lain, bantuan daripada staf di Meja Rujukan boleh diperolehi. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini, kad berwarna hijau perlu diisi. Carian buku akan dilakukan dalam masa 3 hari. Pengguna akan dimaklumkan apabila bahan telah ditemui atau carian telah dilakukan.



  6. Denda

    Pengguna yang dikenakan denda lewat pemulangan buku boleh mengemukakan rayuan pengurangan denda tertakluk kepada syarat berikut:

    1. Rayuan mesti dibuat secara bertulis dengan alasan yang munasabah.
    2. Jumlah denda mesti melebihi RM50.00 bagi pelajar dan RM100.00 bagi staf dan lain-lain kategori keahlian.
    3. Kelulusan rayuan hanya boleh diberi SEKALI sahaja.



  7. Bayaran untuk Buku yang Tidak Dipulangkan

    Bahan yang hilang atau tidak dipulangkan pada tarikh luput keahlian merupakan tanggungjawab ahli. Ahli dikehendaki mengganti atau menggandakan harga penggantian (berdasarkan harga pasaran terkini bagi buku yang hilang) atau membayar RM50 caj minima bagi buku tempatan dan RM120 bagi buku terbitan luar negara atau mana-mana yang lebih tinggi.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)