Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Login
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan: Tutorial: Pembaharuan Pinjaman
LibGuides@University of Malaya Library: Subject Guides
Repositori dan Arkib Digital
Lawati Blog Perpustakaan!
Perkhidmatan Perpustakaan

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Perkhidmatan PerpustakaanKoleksi

LOCATION OF MATERIALS & FACILITIES

  1. Pengenalan

    Koleksi perpustakaan meliputi buku, jurnal, kertas persidangan, mikrofom, bahan pandang dengar, tesis dan disertasi. Selain daripada itu, PUM juga melanggan kepada sumber elektronik seperti jurnal elektronik, pangkalan data, indeks nukilan dan perisian pengurusan bibliografik.

    1. Lihat Penerbitan Perpustakaan; Panduan Perpustakaan; Guide to Location of Materials & Facilities


  2. Koleksi Terbuka / Umum

    Koleksi terbuka terdiri daripada buku teks dan monograf dalam pelbagai bidang yang diperolehi untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Universiti Malaya. Semua staf akademik, pelajar Universiti Malaya dan pengguna luar yang berdaftar sebagai ahli Perpustakaan Universiti Malaya dibenarkan meminjam buku dari koleksi ini.



  3. Rujukan

    Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan penyelidikan disediakan untuk kegunaan pengguna perpustakaan.



  4. Jurnal

    PUM melanggan kepada kebanyakan jurnal utama dalam pelbagai bidang pengajian. Jurnal terbitan terkini dan jurnal keluaran terdahulu (jurnal berjilid) disimpan di lokasi yang berasingan.



  5. Tesis dan Disertasi

    Koleksi ini mengandungi tesis dan disertasi pelajar pasca ijazah Universiti Malaya serta judul tesis terpilih daripada National University of Singapore. Koleksi ini merupakan koleksi tertutup.



  6. Teras Akademik

    Koleksi ini merupakan koleksi buku teks utama yang dicadangkan oleh pensyarah sebagai bahan bacaan pelajar. Pengguna boleh meminjam satu (1) bahan pada sesuatu masa selama satu (1) hari sahaja.

    1. Lihat Perkhidmatan Perpustakaan; Pinjaman; Hak Pinjaman


  7. Bacaan Bebas

    Koleksi Bacaan Bebas terdiri daripada bahan bacaan ringan. Ia dibangunkan untuk memastikan pelajar mendapat akses kepada bahan bacaan yang tidak berorientasikan akademik. Koleksi ini terdiri daripada novel, biografi, persembahan, puisi dan sajak, serta bahan berkenaan sastera, hobi dan isu semasa.



  8. Pangkalan Data Elektronik

    Perpustakaan melanggan pangkalan data utama dalam pelbagai bidang pengajian termasuk jurnal elektronik, buku elektronik dan indeks nukilan. Pangkalan data ini boleh diakses menerusi laman Portal Web interaktif Perpustakaan http://www.diglib.um.edu.my/interaktif. Senarai pangkalan data yang dilanggan boleh didapatkan di sini.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)