Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Login
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan: Tutorial: Pembaharuan Pinjaman
LibGuides@University of Malaya Library: Subject Guides
Repositori dan Arkib Digital
Lawati Blog Perpustakaan!
Pustakawan Anda

Juhaida Abd Rahim
Librarian
+603-7967 3922
juhaida@um.edu.my

Waktu Pembukaan
Isnin hingga Jumaat Buka
8:30 AM -- 5:30 PM
Solat Jumaat Buka
12:15 PM -- 2:45 PM
Sabtu Tutup
Ahad Tutup
Kenali Perpustakaan Anda

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Kenali Perpustakaan AndaArkib UM

  1. Pengenalan

    Sejarah penubuhan Arkib Universiti Malaya bermula pada tahun 1989 hasil daripada maklum balas pertemuan semula dan pameran sempena Fortieth Anniversary of the Founding of University of Education and Singapore (FAFUEMAS) yang telah diadakan pada November 1989. Perpustakaan telah dipertanggungjawabkan oleh Universiti untuk mengadakan pameran berkaitan dengan sejarah penubuhan tersebut.

    Inspirasi ke arah penubuhan arkib bertitik tolak daripada kesukaran untuk mendapatkan bahan pameran yang berkaitan kerana tiada atau tidak lengkap di dalam simpanan Universiti. Pada ketika itu, Perpustakaan perlu meminjam dan membuat salinan bagi semua bahan yang dipinjam untuk menjayakan pameran FAFUEMAS. Hasil daripada pengumpulan bahan dalam pelbagai format yang digunakan di dalam pameran FAFUEMAS menjadi asas kepada pembangunan koleksi Arkib Universiti Malaya.

    Di awal pengumpulan, bahan ini ditempatkan di Bahagian Koleksi Kebangsaan di Perpustakaan Utama. Sebelum ini, bahan arkib yang sedia ada di dalam koleksi Perpustakaan seperti laporan tahunan Universiti Malaya diklasifikasikan di bawah nombor panggilan LG di rak. Bahan ini kemudiannya diletakkan dalam koleksi khas. Walau bagaimanapun, berlaku percampuran di antara bahan arkib dan koleksi Penerbitan Rasmi.

    Pada tahun 1990an, koleksi Bahan Arkib Universiti Malaya telah diwujudkan di Perpustakaan Peringatan Za’ba. Koleksi ini mengumpul bahan bercetak dan bukan bercetak yang berkaitan dengan Universiti Malaya dalam pelbagai format.

    Bermula 1 Julai 2014, Unit Arkib telah diwujudkan di Perpustakaan Peringatan Za’ba bagi memperkasakan koleksi arkib Universiti.



  2. Lokasi

    Arkib Universiti Malaya terletak di Aras 5, Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya.



  3. Koleksi

    Koleksi Arkib Universiti Malaya terdiri daripada bahan bercetak dan bukan bercetak yang mempunyai nilai, sejarah serta berkaitan dengan Universiti Malaya. Berikut adalah antara bahan yang ada di dalam koleksi arkib: Warta Universiti, laporan tahunan, buku, jurnal, foto, CD (kertas projek, latihan ilmiah, disertasi, tesis), bahan AV, piala, kostum, lukisan saintifik, fail dan kad jemputan.

    Selain daripada itu, Arkib Universiti Malaya juga menguruskan repositori institusi iaitu University of Malaya Research Repository yang mengumpulkan artikel penyelidikan yang dihasilkan oleh warga Universiti; Students’ Repository yang mengumpulkan latihan ilmiah, disertasi dan tesis yang dihasilkan oleh pelajar dan staf, dan UM Memory yang mengumpulkan foto seawal sejarah penubuhan Universiti Malaya di Singapura sehingga kini.



  4. Perkhidmatan

    Bahan arkib adalah untuk rujukan dalaman sahaja. Rujukan boleh dilakukan hanya pada waktu pejabat (8.30 pagi hingga 5.30 petang) di ruang khas yang disediakan di Arkib Universiti Malaya, Aras 5, Perpustakaan Peringatan Za’ba. Bahan yang mempunyai maklumat sensitif hanya boleh dirujuk dengan kebenaran bertulis daripada Universiti Malaya.

    Repositori institusi pula boleh diakses melalui URL berikut:

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)