PERPUSTAKAAN

SEJARAH LISAN

Sejarah lisan adalah bidang pengajian dan kaedah mengumpulkan, memelihara dan menafsirkan suara dan kenangan orang, masyarakat, dan peserta dalam peristiwa masa lalu. Sejarah lisan adalah kedua-dua jenis penyelidikan sejarah yang tertua, mendahului perkataan bertulis, dan salah satu yang paling moden, dimulakan dengan perakam pita pada tahun 1940-an dan sekarang menggunakan teknologi digital abad ke-21. Terjemahan dari sumber asal :  https://www.oralhistory.org/

Perpustakaan telah memulakan projek dan inisiatif untuk merekod dan mendokumenkan ‘pengetahuan tersirat’ para ulama yang telah bersara; ramai yang terkenal dan pakar dalam bidang mereka. Satu bengkel telah dijalankan pada tahun 2018 yang dihadiri oleh semua ahli pasukan di Janda Baik untuk memperoleh pengetahuan tentang teori dan teknik menjalankan sejarah lisan.

Prospektif

YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Isahak bin Haron

Bhg Profesor Emeritus Dato’ Dr. Isahak Bin Haron telah dilahirkan di Teluk Kumbar Pulau Pinang pada 18 Disember,1940. YBhg Profesor telah mendapat pendidikan awal disekolah melayu Teluk Kumbar Pulau Pinang pada tahun 1948 hingga 1952 dan kemudiannya mendapat pendidikan menengah di Sekolah St.George’s Balik Pulau hingga tahun 1956. Selepas lulus Peperisaan Sijil Rendah Pelajaran (LCE) beliau telah melanjutkan pelajarannya ke Penang Free School sehingga Lulus Sijil Tinggi Pelajaran pada tahun 1960. YBhg Profesor telah memperolehi Ijazah BA (Hons) Class 2 Tinggi Diploma Pendidikan dari Universiti Malaya pada tahun 1964 dan Ijazah Med. Dari Universiti Of Sydney pada tahun 1971 dan kemudiannya memperolehi Ijazah PhD dari Universiti Of Chicago, USA pada tahun 1977. Beliau juga adalah Pemenang Disertasi PhD terbaik tahun 1977-1979 dan dianugerah Susan Rosenberger Award.

  • Sebagai seorang Juruhebah Radio Malaysia (bulan Januari hingga Mei 1964).
  • Guru Sekolah Menengah Padang Midin Kuala Terengganu pada tahun 1965.
  • Pensyarah Pendidikan di Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,Johor Bahru pada tahun 1966 hingga 1971 dan Pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
  • YBhg Profesor juga pernah berkhidmat sebagai seorang Profesor dalam Pengajian Pedagogi,Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Profesor Pendidikan di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia dari Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim.
  • Diantara Pengalaman Pendidikan di Universiti Profesor pernah menjawat beberapa jawatan penting sebagai Timbalan Dekan, Dekan,Timbalan Naib Canselor di Universiti Malaya dan jawatan penting di Universiti Pendidikan Tanjung Malim. YBhg Profesor Emeritus Dato’ Dr Isahak Bin Haron telah dianugerahkan gelaran “ Profesor Emeritus” oleh Universiti Malaya pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Darjah Setia Pangkuan Negeri dengan gelaran Dato’ oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang pada tahun 1996.

    YBhg Profesor juga pernah menganggotai beberapa Jawatankuasa di Dewan Bahasa dan Pustaka dan di Yayasan Pelajaran MARA sebagai Ahli Lembaga dan Pengerusi Jawatankuasa Perancang Pendidikan serta Ahli Lembaga di beberapa Jawatankuasa di Kementerian Pendidikan.

Dato’ Dr Zaiton Osman

Dato’ Dr Zaiton Osman dilahirkan pada bulan Mac 1944 di Singapura dan berkelulusan Sarjana Muda dari University of Singapore di dalam bidang sejarah. Pada ketika itu, tiada institusi tempatan yang menawarkan kursus-kursus ikhtisas di dalam bidang kepustakawanan. Pilihan yang ada ialah melanjutkan pengajian di luar Negara atas tanggungan sendiri atau mendaftar dengan Library Association di London dan mengambilk peperiksaan-peperiksaan badan ikhtisas tersebut. Dato’ Dr Zaiton membuat pilihan yang kedua dan beliau berjaya di dalam peperiksaan yang telah ditetapkan serta menjadi ‘Associate of the Library Association (A.L.A)’ pada tahun 1973. Beliau melanjutkan pengajiannya dan berjaya meraih Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran dari Loughborough University of Technology, England.

  • Dato’ Dr Zaiton Osman telah dilantik oleh Universiti Malaya sebagai Ketua Pustakawan Perpustakaan Universiti Malaya bermula pada 10 September 1993 sehingga 31 Mac 2002.
  • Dato’ Dr Zaiton juga merupakan seorang yang bergiat cergas di dalam Persatuan Pustakawan Malaysia dan pernah dilantik menjadi presiden persatuan tersebut selain pernah mewakili PPM sebagai ahli di dalam Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Profesor Emeritus Dato’ Dr Nik Safiah bt Hj Abdul Karim

Professor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim dilahirkan pada 17 Disember 1939 di Kampong Banggol, Kota Bharu, Kelantan.
Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Inggeris Perempuan Kota Bahru (sekarang Sekolah Rendah Zainab). Beliau kemudian telah melanjutkan pelajaran ke Maktab Perempuan Melayu, Jalan Damansara, Kuala Lumpur (kini dikenali Kolej Tunku Kurshiah, Seremban). Setelah itu beliau telah belajar di St. Francis Institution, Melaka sehingga lulus Higher School Certificate pada tahun 1959. Pada 1965 beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian dalam bidang Linguistik daripada Universiti Malaya. Seterusnya pada tahun 1975, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik dari Ohio University, USA. Kerjaya akademik beliau bermula dengan perlantikan beliau sebagai tutor di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada tahun 1963. Sepanjang tempoh kerjaya beliau, beliau telah memegang jawatan sebagai pensyarah, Professor Madya dan kemuadiannya dilantik sebagai Professor di Jabatan Pengajian Melayu.

  • Antara sumbangan beliau dapat dilihat dari jawatan yang telah beliau sandang, antaranya Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial sebanyak dua kali iaitu di antara 1982 sehingga1983 dan 1992 sehingga 1994 , Ketua Jabatan Pengajian Melayu dari tahun 984 sehingga 1986 dan Pengarah pertama Akademi Pengajian Melayu dari tahun 1990 sehingga 1992.
  • Sementara di antara tahun 1989 hingga 1990, beliau telah dipinjamkan ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Timbalan Ketua Pengarah. Di sana beliau terus menabur bakti dalam perjuangan mengutuhkan bahasa Melayu bukan sahaja di tanahair tetapi juga di seluruh dunia. Ini dilihat dari perlantikan beliau selama 14 tahun dalam Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka dan Ahli Jawantankuasa Tetap Bahasa Melayu (JKTBM) yang mewakili Malaysia di pertemuan Majlis Bahasa Melayu Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia (MABBIM).
  • Selain itu beliau merupakan ahli jemputan dalam Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM).

Profesor Emeritus Datuk Dr Rahmah bt Bujang

Prof. Emeritus Datuk Dr Rahmah Bujang dilahirkan pada 18 Mac 1947 di Pontian, Johor, dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau terkenal kerana genre drama dan mempunyai pengalaman luas sebagai guru, penulis skrip, peneliti drama dan juga pementasan drama. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Pontian , Government English School, Pontian, English College, Johor Bahru dan kemudian melanjutkan pelajaran di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya dalam bidang drama. Beliau merupakan pelajar pertama yang mengkaji subjek drama (1969), dan seterusnya mengkaji wayang bangsawan sebagai seni teater Melayu untuk Sarjana Sastera Universiti Malaya (1973). Beliau kemudiannya menjadi pensyarah di UM pada tahun 1972-1973. Pada tahun 1974, beliau menyambung pengajian di peringkat PhD di University of Hull, Humberside dan membuat kajian tentang Boria.

  • Sekembali ke tanah air pada tahun 1978, Prof. Emeritus Datuk Dr Rahmah Bujang bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu, UM.
  • Beliau juga kemudiannya dilantik sebagai Pengetua Asrama Tuanku Kurshiah, UM dan juga pernah menjawat jawatan Pengarah Pusat Kebudayaan UM dari 1 Januari 1997 – 31 Disember 1999 serta memulakan Pengajian Kesenian di peringkat Ijazah Muzik dan Seni Drama.
  • Pada tahun 1983 beliau telah bergelar Profesor Madya dan pada tahun 1994 beliau dinaikkan ke jawatan Profesor. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Kesenian Melayu pada tahun 1995 apabila Jabatan Pengajian Melayu bertukar menjadi Akademi Pengajian Melayu (APM) sehingga beliau bersara.
  • Selepas bersara beliau menjadi Lembaga Pengarah Institut Teknologi Seni Melaka dan dianugerah Darjah Seri Melaka 1998. Beliau dilantik panel pakar ‘Projek Pengumpulan Istilah Kesusasteraan’ MABBIM/DBP, Panel Penilai Hadiah Sastera Malaysia (1978-1986) dan panel pakar projek Ensiklopedia di DBP . Beliau turut dilantik sebagai penasihat, penilai dan pengerusi serta pembicara kegiatan teater anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan. 

Mrs Khoo Siew Mun

Puan Khoo Siew Mun dilahirkan pada 5 Februari 1938 dan kini menetap di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sastera (Hons) pada tahun 1961 dan Ijazah Sarjana dalam bidang Ekonomi pada tahun 1968. Beliau merupakan Ketua Pustakawan Universiti Malaya pada 12 Oktober 1984 hingga 5 Februari 1993. Salah satu visi beliau ialah membangun Perpustakaan Universiti Malaya agar ianya terbukti dan dikenali sebagai satu perpustakaan penyelidikan dan pengajaran perdana melalui perkhidmatan cemerlang dan berinovasi. Berikut merupakan sumbangan beliau kepada perpustakaan :

· Menyelaras usaha untuk menyelesaikan beberapa isu yang agak kritikal

· Mempermudahkan pentadbiran UM menerima cadangan latihan profesional siswazah dan melanjutkan pelajaran ke luar negara sebagai hak staf dan satu keperluan untuk meningkatkan perkhidmatan. Beliau percaya pustakawan akan lebih berkeyakinan apabila mereka mempunyai kelayakan yang sama dengan staf perpustakaan di luar negara

· Memupuk semangat berpasukan, setiakawan dan kerjasama di kalangan staf yang membolehkan pelbagai perkhidmatan utama disediakan bagi komuniti UM sebagai satu pasukan yang mempunyai keseronokan bekerja dan sedia berkhidmat.

Beliau memulakan karier di UM sebagai Pembantu Penyelidik di Jabatan Ekonomi dan kemudiannya sebagai tutor di Jabatan yang sama pada tahun 1963 hingga 1965. Seterusnya, beliau bertugas sebagai seorang Penyunting di UM Press sehingga tahun 1967. Dari tahun 1967 hingga 1975, beliau bertugas di Fakulti Ekonomi sebagai Penolong Penerbit, Dokumentasi dan Bibliografi sebelum berpindah dan memegang jawatan Timbalan Ketua Pustakawan pada tahun 1975 hingga 1984. Beliau kemudian dinaikkan ke jawatan Ketua Pustakawan dari tahun 1984 hingga 1993.

Dr Rokiah Che Ismail

Prof Rukiah dilahirkan di Tumpat dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Tumpat, Kelantan. Beliau telah diajar untuk berfikir semenjak di bangku sekolah dan cenderung untuk belajar dan menceburi ilmu baru. Dalam perjalananan ke sekolah beliau kerap singgah ke dispensari dan suka bertanya contohnya kenapa kanak-kanak perlu diberikan ubat cacing dan Vitamin B. Sikap suka bertanya kepada golongan dewasa dan profesional ini bagi beliau merupakan satu praktis yang baik untuk membangun minda. Semasa beliau di dalam Darjah 3, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Beliau seterusnya menyambung pendidikan di peringkat menengah di Pasir Mas. Motivasi dan keinginan untuk cemerlang adalah sangat penting baginya. Pada masa itu, beliau merupakan satu-satunya pelajar wanita Melayu dari kawasan luarbandar yang ditawarkan untuk meneruskan pengajian di dalam bidang perubatan dan perlu bekerja keras untuk bersaing dengan kaum lain.
Walaupun ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di luar negara, beliau memilih untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaya kerana berpendapat banyak penyakit setempat yang boleh dipelajari sekiranya dilakukan di dalam negara. Setelah menjadi pegawai perubatan, beliau ditawarkan keluar negara untuk menyambung pengajian dan seterusnya menjadi pensyarah. Semasa berada di UK, beliau turut mendaftar kursus tambahan iaitu di dalam bidang dermatologi dan venereologi.

• 6 bulan latihan di UMMC
• Latihan pasca siswazah di UK (University of Birmingham)
• 6 bulan di Queen Elizabeth Hospital
• Institut of Dermatology dan Diploma dalam Venereologi
• Pada 1 Januari 1979, Prof Rokiah kembali sebagai pensyarah di UM (Internal Medicine, Dermatology & STD)
• Pada Februari 1979, beliau mencadangkan agar klinik STD diwujudkan
• 1981-1982, meningkatkan kesedaran di kalangan umum tentang penyakit HIV
• 1983, beliau dilantik sebagai Profesor Madya
• Pada tahun 1986, UMMC menerima kes HIV yang pertama. Prof Rokiah merupakan salah seorang ahli komiti untuk mendidik dan melatih pengamal perubatan
• Pada tahun 1986 juga, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar)

© 2017 Exclusive Interior. Trademarks and brands are the property of their respective owners.

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!