PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN UNDANG-UNDANG TAN SRI PROFESOR AHMAD IBRAHIM

Pada 18 Jun 1999, Perpustakaan Undang-undang telah dinamakan sebagai Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Profesor Ahmad Ibrahim dalam menghargai sumbangannya kepada Fakulti Undang-undang dan Perpustakaan Undang-Undang Universiti Malaya.

Sejak penubuhan pada tahun 1959, Perpustakaan Utama mula memperolehi bahan perundangan bersama koleksi umum dan disiplin lain. Walau bagaimanapun, pada tahun 1972, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya telah menjadi sekolah undang-undang pertama di negara ini. Semua  sumber bahan  perundangan telah dipindahkan ke bangunan Perpustakaan Undang-undang yang baru yang terletak bersebelahan dengan Fakulti Undang-undang.

Perkhidmatan

Maklumat lanjut polisi pinjaman bahan di Perpustakaan.

OPENING HOURS

Koleksi

Koleksi Malaysiana

Bahan bacaan undang-undang tempatan mengenai Malaysia, ditulis oleh warga Malaysia dan diterbitkan di dalam atau di luar negara, terdiri daripada kedua-dua sumber primer dan sekunder seperti perundangan, kes undang – undang, warta kerajaan, perbahasan parlimen, buku teks, dan soalan peperiksaan.

koleksi buku teks

Buku teks meliputi pelbagai topik undang-undang dan bidang kuasa disusun mengikut kod topik. Kod topik ada dipapar untuk panduan pengguna.

koleksi bacaan bebas

Bahan-bahan dalam koleksi ini terdiri daripada bahan bacaan ringan meliputi fiksyen, pengetahuan am, kesihatan, psikologi dan motivasi.

koleksi Braille

Terdapat hampir 300 judul bahan dalam format Braille yang boleh digunakan oleh pelajar istimewa.

koleksi rujukan

Koleksi ini hanya boleh digunakan di dalam Perpustakaan sahaja. Koleksi ini terdiri daripada buku-buku rujukan seperti ensiklopedia, kamus, buku panduan, Halsbury, digest, maxim, buku tahunan, abstrak, “citators” dan indeks.

Koleksi Laporan Undang-undang Negara Komanwel & Bukan Komanwel

Koleksi ini terdiri daripada kes-kes mahkamah dari pelbagai negara komanwel di antaranya India, Pakistan, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

koleksi tertutup

Koleksi ini hanya boleh diakses oleh kakitangan Perpustakaan sahaja. Ia terdiri daripada tesis dan disertasi, latihan ilmiah, kertas persidangan yang telah diterbitkan , tidak diterbitkan dan bahan helai cerai.

 

koleksi jurnal

Koleksi jurnal berjilid dan jurnal kini bukan tempatan ditempatkan di sini. Jurnal disusun mengikut judul dan senarai jurnal ada disimpan di Kaunter Perkhidmatan di Aras Bawah.

koleksi teras akademik

Koleksi ini diletakkan bersama-sama dengan Koleksi Akses Tertutup. Ia merupakan senarai bacaan yang dicadangkan oleh pensyarah untuk rujukan pelajar dan boleh dipinjam untuk tempoh tiga (7 ) hari.

koleksi undang-undang antarabangsa

Sumber-sumber yang berkaitan dengan perjanjian dan bahan-bahan yang berkaitan dengan perundangan mahkamah dan tribunal antarabangsa, dokumentasi rasmi dan tulisan-tulisan ilmiah dalam undang-undang antarabangsa, termasuk penerbitan dan jurnal serta maklumat mengenai panduan penyelidikan, buku teks dan penerbitan dari United Nation.

pangkalan data dalam talian

Kemudahan

GERAKKAN IMEJ MENGUNAKAN PAPAN KEKUNCI ATAU TETIKUS

360 virtual reality image

HUBUNGI KAMI

Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim
Fakulti Undang-undang, Universiti Malaya
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur,
Malaysia

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!