PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN PENGAJIAN INDIA

We're currently closed.

Pada sekitar pertengahan tahun 1950an, Jabatan Pengajian India ditubuhkan di Universiti Malaya (Singapura) dan suatu koleksi buku-buku Tamil yang merangkumi subjek-subjek yang ditawarkan di Jabatan tersebut telah mula dikumpulkan. Pada tahun 1959, dengan penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur, satu keputusan dasar telah diambil untuk memindahkan buku-buku dari Perpustakaan Universiti di Singapura ke Perpustakaan di Kuala Lumpur. Koleksi buku-buku Tamil merupakan antara koleksi yang terlibat dalam proses pemindahan ini. Sejak perpindahannya, koleksi buku-buku Tamil ini diletakkan di bangunan Perpustakaan Utama Universiti Malaya.
Sejurus dengan pertambahan koleksi, pada tahun 1999, Perpustakaan Pengajian India berpindah ke bangunan Institut Pengajian Siswazah yang kini dikenali sebagai Bangunan Perpustakaan Peringatan Za’ba. Sejak itu, perpustakaan ini diklasifikasikan sebagai perpustakaan khusus dan mula beroperasi dengan melaksanakan urusan perolehan, pemerosesan, pinjaman dan pulangan secara berasingan.

Perkhidmatan

Maklumat lanjut tentang polisi pinjaman perpustakaan

WAKTU PEMBUKAAN

Isnin – Ahad
Phase one of National Recovery Plan (PPN)

Koleksi

KOLEKSI UMUM

Buku / Monograf
Koleksi ini mengandungi bahan berkaitan Pengajian Tamil terutamanya dalam bidang bahasa, sastera klasik & moden, budaya, sains, perubatan moden & traditional, pertanian, kejuruteraan, ekonomi, politik, pendidikan, muzik, sejarah, biografi, seni, antropologi, sosilogi, psikologi dan sastera terjemahan.

Kertaskerja Persidangan
Koleksi ini mengandungi kertaskerja persidangan yang diperoleh secara hadiah daripada penganjur persidangan, dibeli atau sumbangan daripada staf akademik Universiti Malaya.

KOLEKSI RUJUKAN

Jurnal / Majalah
Perpustakaan telah melanggan kebanyakan jurnal-jurnal utama dalam pelbagai bidang pengajian dan perpustakaan turut mendapat sumbangan hadiah daripada individu dan persatuan. Isu-isu semasa (21 tajuk) dan kebelakangan (jurnal berjilid) (46 tajuk) disimpan secara berasingan.

Akhbar Tamil
Perpustakaan Pengajian India melanggan 2 jenis akhbar Tamil tempatan Makkal Osai dan Malaysia Nanban. Akhbar-akhbar kebelakangan bermula dari tahun 2008 sehingga terkini disimpan dalam pejabat am untuk tujuan pemeliharaan. Salinan fotokopi dan rujukan kepada bahan ini hanya boleh dibuat setelah mendapat kebenaran daripada pihak perpustakaan.

Kamus & Ensiklopedia
Koleksi ini terdiri daripada Va:l-viyat Kalanjciyam (16 jilid), Tamil Lexicon (28 jilid), Ativiyal Kalanjciyam (10 jilid), Kalaik Kalanjciyam (20 jilid) dan Pe:rakara:thi (8 jilid). Selain koleksi yang berjilid ini, terdapat berpuluh-puluh kamus yang merangkumi pelbagai bidang disimpan untuk rujukan.

Latihan Ilmiah
Koleksi ini mengandungi latihan ilmiah yang diterima daripada Jabatan Pengajian India semenjak tahun 1999 sehingga terkini.

KOLEKSI TAMIL MALAYSIANA 

Monograf
Buku-buku koleksi Malaysiana yang diterbitkan di dalam dan di luar negara, terutamanya dalam bidang bahasa Tamil, kesusasteraan Tamil, tradisi dan budaya masyarakat Tamil dan India, kamus dan ensiklopedia Tamil sejak dari yang diterbitkan pada abad awal tahun 1930an.

Kertas Kerja Persidangan
Kertas persidangan yang tidak diterbitkan atau diterbitkan di seminar atau persidangan yang diadakan di Malaysia. Kertas kerja persidangan tersebut yang telah diindeks, boleh dilihat melalui pangkalan data indek i-Malaysiana di Pendeta Discovery (Web Pac).
Koleksi Tamil Malaysiana dengan sejumlah 2,800 judul terdiri daripada; (1) Karya-karya mengenai Malaysia dalam Bahasa Tamil yang diterbitkan di luar Negara; (2) Karya-karya Bahasa Tamil oleh pengarang yang berasal dari Malaysia. (3) Karya-karya bahasa Tamil yang diterbitkan di Malaysia.

Kemudahan

GERAKKAN IMEJ MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI ATAU TETIKUS

Lawatan Perpustakaan paparan imej 360

THE TEAM

Gangga Devi Veeraselvam

pembantu pustakawan

Sauriayer Selvaraj

pembantu pustakawan

HUBUNGI KAMI

Perpustakaan Pengajian India,
Aras 5, Perpustakaan Peringatan Za’ba,
Universiti Malaya,
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur,
Malaysia

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!