• Info Desk : +603 79567800
  • General:

PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Pendidikan

We're currently closed.

Perpustakaan Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1962 di Kuala Lumpur merupakan  rangkaian sejumlah 17 buah perpustakaan akademik, berkomputer automasi sepenuhnya di dalam memberikan perkhidmatan dan bimbingan bersepadu kepada sistem pembelajaran dan penyelidikan Universiti Malaya secara khususnya. Perpustakaan Pendidikan merupakan salah satu perpustakaan subjek khusus di dalam rangkaian Perpustakaan Universiti Malaya. Dahulunya, kesemua koleksi bahan adalah disimpan di Fakulti Pendidikan sebelum pihak perpustakaan mendapat tanggungjawab untuk menguruskan sepenuhnya kesemua koleksi bahan pada tahun 2015. Fungsi teras Perpustakaan Pendidikan adalah untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan siswazah, pelajar pascasiswazah, sarjana, pensyarah dan penyelidik di Fakulti Pendidikan. Malahan, ianya juga dibuka kepada pengguna berdaftar lain di perpustakaan, tertakluk kepada syarat dan polisi peminjaman. Kini, perpustakaan ini adalah di bawah tanggungjawab seorang Pustakawan Kanan dan dua orang Pembantu Perpustakaan sepenuh masa. Kapasiti penggunaaan adalah sehingga 30 orang pelajar pada satu masa. Perpustakaan Pendidikan yang berlokasi di Aras 1 Block C, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya boleh dikunjungi dan mudah diakses kepada semua pengguna semasa waktu pejabat.

perkhidmatan

Maklumat lanjut berkaitan polisi peminjaman bahan di Perpustakaan Pendidikan

WAKTU PEMBUKAAN

Isnin - Ahad
Recovery Movement Control Order (RMCO): COVID-19

KOLEKSI UMUM

Perpustakaan Pendidikan mempunyai koleksi umum kira-kira 11,000 perkara yang terdiri daripada buku teks, buku rujukan, dan buku panduan, jurnal dan lain-lain.

RUANG PAMERAN BUKU BARU

Buku baru dipamerkan diruang ini. Anda boleh mengambil buku dari ruang ini untuk pinjaman.

koleksi tesis, disertasi dan latihan ilmiah

Koleksi yang semakin berkembang ini terdiri daripada kerja-kerja yang dihasilkan oleh pelajar sarjana dan pascasiswazah Fakulti Pendidikan.

Jurnal, Pangkalan Data Dalam Talian dan e-Buku

Perpustakaan melanggan jurnal bercetak, pangkalan data dalam talian – kebanyakannya jurnal teks penuh dan e-book, yang boleh diakses menerusi rangkaian kampus dan akses jauh dari rumah individu pengguna berdaftar.

Kemudahan

GERAKKAN IMEJ MENGGUNAKAN PAPAN KEKUNCI ATAU TETIKUS

360 Virtual reality image

THE TEAM

Zahariman bin Zainal Abidin

pembantu pustakawan kanan

Mohd Idham Arsa

pembantu pustakawan kanan

HUBUNGI KAMI

Perpustakaan Pendidikan,
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya,
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur,
Malaysia

  • Tel : +603-7967 5018
Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!