PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN ALAM BINA

We're currently closed.

Perpustakaan Universiti Malaya yang ditubuhkan sejak 1962 di Kuala Lumpur mempunyai 17 rangkaian Perpustakaan, sistem berkomputer dalam operasi dan perkhidmatan. Perpustakaan Alam Bina adalah salah satu perpustakaan khusus di dalam rangkaian Perpustakaan Universiti Malaya. Sebelum tahun 2003, koleksi tersebut disimpan di Perpustakaan Kejuruteraan, di Fakulti Kejuruteraan. Kini, Perpustakaan Alam Bina mudah untuk diakses dan dibuka kepada semua pelajar sepanjang waktu pejabat. Perpustakaan ini diuruskan oleh dua orang kakitangan sepenuh masa dan seorang pustakawan kanan dengan keluasan ruang lantai 835 meter persegi dengan kapasiti tempat duduk untuk 133 pelajar. Fungsi teras Perpustakaan adalah untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan pelajar siswa, siswazah, kakitangan akademik dan juga penyelidik Fakulti Alam Bina. Walau bagaimanapun, ia turut dibuka kepada pengguna berdaftar di Perpustakaan Universiti Malaya, tertakluk kepada polisi pinjaman.

Perkhidmatan

Maklumat lanjut  mengenai peminjaman di Perpustakaan Alam Bina merujuk kepada “Jadual Kelayakan Pinjaman”

WAKTU PEMBUKAAN

Isnin
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Selasa
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Rabu
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Khamis
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Jumaat
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Sabtu
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)
Ahad
Phase 2 of National Recovery Plan (PPN)

Koleksi

KOLEKSI UMUM

Perpustakaan ini mempunyai koleksi umum sebanyak 11,141 jenis bahan termasuk buku text, buku rujukan, buku panduan, jurnal, CD dan lain lain. 

LUKISAN TERUKUR

Merupakan koleksi lukisan seni bina bangunan yang mempunyai butiran objek, tapak, struktur, atau apa sahaja butirannya yang sedia ada dan juga skala tepat berdasarkan pengukuran lapangan.

Disertasi, Thesis dan Latihan Akademik 

Semua latihan akademik, disertasi dan thesis yang ditulis oleh pelajar Alam Bina boleh didapati di sini. Koleksi ini hanya untuk rujukan sahaja.

RUJUKAN

Koleksi terdiri daripada semua rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan dan lain-lain.

Koleksi Persidangan

Kertas kerja yang dibentangkan oleh staf akademik pada seminar atau persidangan yang diadakan di Malaysia terus dikumpulkan dan diindeks dalam pangkalan data indeks yang digunakan sebagai Koleksi iMalaysiana.

Journal, Online databases and e-Books

Perpustakaan melanggan jurnal bercetak, pangkalan data dalam talian – kebanyakannya jurnal teks penuh dan e-book, yang boleh diakses menerusi rangkaian kampus dan akses jauh dari rumah individu pengguna berdaftar.

Kemudahan

GERAKKAN IMEJ MENGGUNAKAN PAPAn KEKUNCI DAN TETIKUS

Lawatan

THE TEAM

Suhaimi Rasol

PEMBANTU PUSTAKAWAN KANAN

Mohd Hairi Ramli

PEMBANTU PUSTAKAWAN KANAN

HUBUNGI KAMI

Perpustakaan Alam Bina,
Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya,
Lembah Pantai,
50603 Kuala Lumpur,
Malaysia

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!