PERPUSTAKAAN

PERPUSTAKAAN : SEPINTAS LALU

Perpustakaan Universiti Malaya telah ditubuhkan pada tahun 1959 dan sehingga kini saiz koleksinya telah mencapai lebih 1 juta judul. Perpustakaan Universiti Malaya terdiri daripada Perpustakaan Utama dan rangkaian perpustakaan cawangan dan perpustakaan khusus, yang ditubuhkan bagi memenuhi tujuan spesifik dan keperluan khusus fakulti.

Mainkan Video

Koleksi

Koleksi Perpustakaan termasuk buku, jurnal, kertas persidangan, audio-video, mikrofom, tesis dan disertasi. Selain itu, Perpustakaan menawarkan capaian kepada sumber elektronik seperti e-jurnal, pangkalan data, indeks sitiran (citation indexes) dan perisian pengurusan bibliografi.

Perkhidmatan & Kemudahan

Pada dasarnya, perpustakaan UM berusaha mengekalkan perkhidmatan dan kemudahannya untuk menyediakan keperluan bahan bacaan untuk pengguna perpustakaan dalam pelbagai bidang.

Visi


Untuk mengubah Perpustakaan Universiti Malaya ke perpustakaan peringkat dunia, selaras dengan aspirasi UM untuk ranking dunia

Misi

Sebagai sokongan kepada misi global Universiti Malaya, Perpustakaan menyediakan kepakaran profesional, sumber maklumat yang pelbagai, dan perkhidmatan berasaskan pengetahuan untuk kemajuan penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Nilai Organisasi

PENGGUNA


Kami memberikan nilai dengan menjangka, mengkaji dan menanggapi perubahan keperluan pengguna kami.

PERSEKITARAN

Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang menarik yang menyokong penyelidikan, pengajaran, pembelajaran, inovasi dan kerjasama.

TEKNOLOGI

Kami memanfaatkan teknologi untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan cara yang paling berkesan dan cekap

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!