PERPUSTAKAAN

Lawat Perpustakaan

Kelayakan pelawat

Akses Pelawat Sebagai Ahli Luar Perpustakaan

Keahlian Alumni Universiti Malaya

Semua graduan Universiti Malaya boleh mendaftar sebagai Ahli Alumni perpustakaan. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran keahlian sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tepoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN

Rujukan sahaja
Yuran keahlian: Percuma
Kad keahlian : RM20.00

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
Tempoh pinjaman : 30 hari
Yuran keahlian : RM200.00
Kad keahlian : RM20.00

Pinjaman 4 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
Tempoh pinjaman : 30 hari
Yuran keahlian : RM400.00
Kad keahlian : RM20.00

AKSES PANGKALAN DATA
Akses percuma kepada Alumni berdaftar
Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja.

Keahlian Umum (Bukan Alumni)

Keahlian terbuka kepada graduan luar – Staf dan pelajar dari institusi swasta.
Tempoh keahlian adalah 1 tahun ( 12 bulan) daripada tarikh pendaftaran dan tamat tempoh pada tahun berikutnya. Notis pembaharuan akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

KATEGORI KEAHLIAN:

Rujukan sahaja
Yuran keahlian : RM100.00
Kad keahlian : RM20.00

Pinjaman 1 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
Tempoh pinjaman : 30 hari
Yuran keahlian : RM200.00
Kad keahlian : RM20.00

Pinjaman 2 buku ( Tidak terpakai di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus )
Tempoh pinjaman : 30 hari
Yuran keahlian : RM400.00
Kad keahlian : RM20.00

AKSES PANGKALAN DATA
Pangkalan data atas talian yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00 / jam.

Keahlian Korporat

Keahlian Korporat tidak dibuka di perpustakaan cawangan & perpustakaan khusus

Keahlian terbuka kepada institusi sahaja. Tempoh keahlian adalah selama 1 tahun (12 bulan) bermula dari tarikh pendaftaran sehingga tahun berikutnya. Notis pembaharuan keahlian akan dihantar melalui e-mel dalam tempoh sebulan sebelum tamat tempoh keahlian.

PAKEJ KEAHLIAN KORPORAT
Kategori 1
Jumlah buku : 2
Yuran tahunan keahlian : RM2000.00
Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
Tempoh pinjaman : 30 hari

Kategori 2
Jumlah buku : 4

Yuran tahunan keahlian : RM4000.00
Kad keahlian/setahun (3 kad): RM60.00
Tempoh pinjaman :  30 Hari

 PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
Pangkalan data yang dilanggan oleh perpustakaan hanya boleh diakses di dalam premis perpustakaan sahaja dengan kadar bayaran sebanyak RM10.00/jam.

Akses Sementara

Akses sementara diberi kepada pelajar Ijazah Tinggi penyelidikan yang masih di dalam penilaian dan perlu membuat pembetulan penulisan ( telah tamat tempoh keahlian perpustakaan).

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Yuran keahlian : RM100.00 / semester
Tiada kelayakan pinjaman bahan perpustakaan

AKSES PANGKALAN DATA ATAS TALIAN
Akses dalam dan luar kampus

Lain- lain kategori

Keahlian perpustakaan terbuka kepada senarai berikut ( mendapat kelulusan bertulis daripada Pustakawan) :-

Pembantu penyelidik sementara staf akademik Universiti Malaya.

Pensyarah pelawat dan penyelidik.

Pegawai kerajaan yang sedang menjalankan penyelidikan.

 

Akses Harian Orang Awam

Bayaran sebanyak RM20.00 akan dikenakan kepada pelawat harian perpustakaan. Namun begitu perpustakaan boleh membenarkan individu atau pihak  yang berkenaan menggunakan perpustakaan tanpa bayaran.

Lawatan Kumpulan & Pelajar - Perpustakaan Utama Sahaja

Perpustakaan mengalu-alukan lawatan daripada pelajar sekolah. Lawatan berpandu disarankan kepada pelajar sekolah/kolej dan universiti sahaja. Lawatan berpandu hanyalah pada waktu bekerja sahaja selama 45 minit sehingga 1 jam.

Isnin - Khamis

SESI 1 : 9.00 am – 1.00 pm
SESI 2 : 3.00 pm – 5.00 pm

Jumaat

SESI 1 : 9.00 am – 12.00pm
SESI 2 : 3.00 pm – 5.00 pm

Kumpulan yang berminat untuk menyertai lawatan berpandu perpustakan perlu membuat tempahan awal. Lawatan akan disusun mengikut jadual yang telah ditetapkan. Peserta perlu tiba 15 minit sebelum waktu lawatan untuk memastikan urusan lawatan berjalan dengan lancar.

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!