PERPUSTAKAAN

Semak Apa Yang Kami Sediakan Untuk Anda

KEMUDAHAN DI PERPUSTAKAAN

Perpustakaan Utama

Loker
Kemudahan loker disediakan semasa waktu pembukaan perpustakaan yang bertempat di sebelah kiri pintu utama perpustakaan.

Ruang Santai – Sudut Read@Uni dan TV
Pengguna perpustakaan boleh menggunakan ruang santai ini dan menonton rancangan ilimiah yang disediakan. Terdapat juga sudut untuk program Read@Uni.

Kiosk Pemulangan Buku Layan Diri
Kiosk Buku Pemulangan Layan Diri beroperasi 24 jam. Pengguna boleh menggunakan kemudahan ini untuk mengembalikan buku pada bila-bila masa dan rekod pinjaman akan dikemas kini secara automatik.

Kaunter Perkhidmatan
Terdapat beberapa perkhidmatan  yang boleh didapati di kaunter perkhidmatan iaitu :

>> Tempahan bilik perbincangan
>> Pendaftaran menggunakan bilik karel harian
>> Tempahan buku dan pengambilan buku tempahan
>> Peminjaman dan pemulangan buku
>> Pendaftaran dan pengambilan pas pelawat oleh pelawat   luar
>> Pinjaman Kindle

Perkhidmatan di Meja Rujukan
Kemudahan ini disediakan untuk pembantu pengguna perpustakaan secara berhadapan untuk memberi tunjuk ajar dan panduan mencari sumber maklumat yang berkaitan dengan perpustakaan ataupun sumber luar. Beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam semasa waktu pembukaan perpustakaan.

Mesin Pinjaman Layan Diri
Perpustakaan Pusat mempunyai 4 buah Mesin Pinjaman Layan Diri di mana pelajar boleh meminjam buku sendiri. Mereka mesti menyimpan resit untuk rujukan. Kata laluan perlu dimasukkan. Sila semak kata laluan anda di Perkhidmatan Meja Rujukan sekiranya tidak dapat mengakses sistem pinjaman layan diri.

Sudut Digital
Sudut Digital disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk mengakses pangkalan data perpustakaan ataupun melayari internet. Sudut ini juga disediakan kepada ahli luar perpustakaan. Sila berurusan dengan pustakawan bertugas di meja rujukan untuk urusan akses pangkalan data yang dilanggan perpustakaan.

Bilik Karel
Perpustakaan menyediakan 39 bilik karel untuk pelajar Ijazah Tinggi, staf akademik dan penyelidik. Sebanyak 21 bilik karel juga disediakan untuk pengguna kelainan upaya (OKU).

Komputer
Terdapat 5 makmal komputer di perpustakaan Universiti Malaya dilengkapi dengan sambungan internet. Setiap makmal komputer ditetapkan untuk pelajar Ijazah Dasar (Information Common dan Makmal D), Ijazah Tinggi dan tujuan penyelidikan (Lab B dan C) dan individu kurang upaya (Lab S). Makmal komputer untuk individu kurang upaya (Lab S) dilengkapi dengan 10 buah komputer dengan perisian Jaws dan mesin cetak braille.

Mesin membaca mikrofis & mikrofilem
Mesin ini disediakan khas untuk mengguna membaca mikrofis & mikrofilem yang dipinjam dari koleksi perpustakaan kerana bahan ini tidak boleh dipinjam keluar dari perpustakaan. Pengguna boleh berhubung dengan Bahagian Perkhidmatan Pelanggan untuk menggunakan bahan ini.

Ruang Kanak-kanak
Ruang ini disediakan khas untuk pengguna perpustakaan yang berkeluarga dan perlu berada di dalam perpustakaan untuk tujuan rujukan bahan ataupun perbincangan bersama.

Bilik Perbincangan
Pengguna perpustakaan yang ingin mengadakan perbincangan boleh menempah bilik perbincangan dan terhad kepada dua jam untuk setiap penggunaan. Bilik-bilik perbincangan terletak di Aras 2, Aras 3 dan Aras 4. Tempahan boleh dibuat di kaunter perkhidmatan di Aras 1. Bilik perbincangan hanya untuk ahli berdaftar.

Terminal OPAC
Kemudahan ini disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk membuat pencarian bahan perpustakaan menggunakan OPAC – Pendeta Discovery

Sudut Gajet
Merupakan ruang santai yang disediakan kepada perpustakaan dan juga terdapat gajet seperti kindle disediakan kepada pelajar.

Ruang Belajar 24 Jam
Ruang belajar ini dibuka 24 jam kepada pelajar dan dilengkapi dengan kemudahan Wi-Fi.

Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi disediakan oleh syarikat komersil di dalam perpustakaan. Perkhidmatan fotokopi disediakan oleh operator ataupun layan diri. Setiap pengguna perlu mematuhi undang-undang hakcipta Malaysia berkaitan membaca bahan fotokopi.

Wi-Fi access
Perpustakaan ini dilengkapi dengan internet tanpa wayar atau Wi-Fi. Pengguna boleh mengakses internet menggunakan kemudahan Wi-Fi ini menggunakan peranti yang dibawa seperti komputer riba atau alatan lain. Kata laluan untuk menggunakan perkhidmatan percuma ini adalah dengan menggunakan ID dan kata laluan e-mel UM berdaftar anda. Untuk pelawat, sila dapatkan kata laluan sementara di Meja Maklumat.

Ruang Bacaan
Kemudahan membaca disediakan di setiap tingkat Perpustakaan. Pengguna dinasihatkan supaya meninggalkan buku perpustakaan pada troli selepas penggunaan. Pengguna dinasihatkan tidak meletakkan kembali buku yang telah diambil ke rak untuk mengelakkan kesilapan susunan bahan perpustakaan dan menyebabkan bahan sukar dikesan oleh pengguna lain.

Collaborative Learning Area
Ruang yang sangat kondusif ini disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk pembelajaran sama ada secara individu atau berkumpulan

Auditorium Karyawan
Auditorium ini boleh memuatkan seramai 80 peserta dan boleh digunakan untuk tujuan seminar ataupun bengkel. Penggunaan Auditorium hanya dibenarkan untuk aktiviti rasmi Universiti yang dilengkapi dengan sistem PA dan internet. Tempahan boleh dibuat di Unit Media, Aras 4.

Bilik Mini Teater
Mini teater ini boleh digunakan oleh pengguna perpustakaan sebagai ruang santai sambil menonton dan mendengar koleksi media perpustakaan. Bilik ini boleh memuatkan sehingga 10 orang pengguna dan dilengkapi dengan 2 buah TV plasma dan sistem audio. Terdapat kemudahan sofa untuk memberi keselesaan kepada pengguna sambil menonton koleksi media seperti DVD, VCD, CD dan rekod LP. Untuk tempahan, sila hubungi +60379673432 atau berhubung dengan unit media di Aras 4.

Perpustakaan Perubatan T.J Danaraj

Makmal Komputer
Makmal komputer dilengkapi dengan Wi-Fi dengan kapasiti 25 tempat duduk. PC tidak disediakan. Penguna perlu membawa komputer riba.

Bilik Karel
Terdapat 6 bilik karel dan 6 karel terbuka disediakan kepada pengguna perpustakaan

Ruang Membaca
Ruang membaca yang kondusif disediakan kepada pengguna perpustakaan.

Bilik Perbincangan
Terdapat 1 bilik perbincangan yang perlu ditempah oleh pengguna di kaunter perkhidmatan.

Terminal OPAC
Komputer disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk membuat pencarian bahan perpustakaan menggunakan katalog atas talian.

Bilik Akademik 
Bilik ini dikhaskan untuk kegunaan pensyarah UM dengan kapasiti sebanyak 10 orang. Tempahan dan pengambilan kunci adala di kaunter perkhidmatan.

Mesin Pinjaman Layan Diri
Disediakan kepada pengguna perpustakaan untuk membuat pinjaman secaral layan diri menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan oleh pengguna melalui sistem perpustakaan. Sila rujuk kaunter perkhidmatan sekiranya terlupa kata laluan.

Perpustakaan Undang-undang Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim

Bilik Perbincangan
Empat (4) buah bilik perbincangan yang boleh menampung lapan orang pengguna boleh digunakan pada bila-bila masa. Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Informasi di Aras Bawah untuk tempahan.

Fotokopi
Kemudahan membuat salinan boleh didapati di Aras 1. Pengguna diingatkan bahawa kebenaran membuat salinan bahan perpustakaan adalah tertakluk kepada Akta Hak Cipta Malaysia 1987. Kemudahan fotokopi layan diri juga terdapat di Aras Bawah dan Aras Satu.

Karel
Terdapat dua belas (12) buah karel untuk pelajar ijazah Tinggi secara harian. Pelajar yang berminat adalah dinasihatkan untuk menempah di Kaunter Informasi.

Komputer
Terdapat sebelas (11) buah komputer bagi kemudahan pengguna untuk mengakses sumber elektronik perpustakaan dan membuat pencarian .

Loker / Rak Menyimpan Beg
Pengguna boleh menyimpan barangan mereka di sini. Namun, pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan barang yang disimpan di loker tersebut.

Bilik Moot
Bilik Moot merupakan kemudahan terkini untuk kegunaan pelajar membuat persediaan bagi pertandingan MOOT.

Ruang Membaca
Kemudahan ini disediakan di setiap aras. Terdapat ‘Zon Senyap’ di Aras 2 sebagai memenuhi permintaan pelajar bagi tempat yang senyap untuk mengulangkaji.

Wifi
Premis perpustakaan dilengkapi dengan kemudahan wifi. Pengguna perlu mendaftar dengan Pusat Teknologi Maklumat sebelum boleh mengguna kemudahan ini.

Perpustakaan Peringatan Za'ba

Perkhidmatan Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi dikendalikan oleh vendor komersial disediakan di Perpustakaan. Terdapat perkhidmatan fotokopi yang dikendalikan oleh kakitangan dan perkhidmatan diri. Pengguna harus mematuhi dan mematuhi undang-undang semasa mengenai hak cipta di Malaysia.

Kaunter Perkhidmatan
Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan secara dalaman.

Ruang bacaan
Terdapat ruang bacaan dan ruang santai disediakan kepada pengguna perpustakaan.

Perpustakaan Bahasa & Linguistik

  • Perkhidmatan Fotokopi 
    Perkhidmatan fotokopi layan diri disediakan kepada pengguna perpustakaan. Kad fotokopi boleh dibeli dan ditambah nilai di kaunter.
  • Terminal OPAC
    Terdapat 2 buah komputer disediakan untuk pengguna bagi melayari Pendeta Discovery yang membolehkan pengguna mencari item dalam koleksi perpustakaan dan untuk melihat / memperbaharui item dan status akaun.
  • Ruang Bacaan
    Ruang kemudahan membaca disediakan sehingga 25 pengguna setiap masa.
  •  
  • Wi-Fi Akses
  • Perpustakaan juga menyediakan perhidmatan internet tanpa wayar atau Wi-Fi. Pengguna boleh mengakses internet menggunakan kemudahan Wi-Fi.

Perpustakaan Kejuruteraan

Ruang Bacaan
Perpustakaan kejuruteraan menyediakan 105 kerusi untuk pengguna pada satu masa. Terdapat 9 meja karel yang tersedia untuk pengguna yang memerlukan privasi.

Komputer
Kemudahan komputer juga disediakan bagi 4 orang pengguna dalam satu masa. Ia turut dilengkapi dengan sambungan internet.

Bilik Perbincangan
Terdapat 3 bilik perbincangan di Perpustakaan Kejuruteraan. Bilik perbincangan pertama boleh menampung 7 orang pada satu masa dan terdapat kemudahan komputer dan projektor. Bilik perbincangan kedua mempunyai 2 meja perbincangan yang dapat menampung 12 orang pada satu masa dan bilik perbincangan ketiga juga menyediakan komputer dan meja yang boleh menampung 4 orang pada satu masa. Terdapat juga sofa yang selesa untuk pelajar berbincang dengan santai.

Fotokopi
Fotokopi layan diri juga disediakan. Setiap pengguna mesti mengambil perhatian dan mematuhi undang-undang hak cipta Malaysia yang berkaitan dengan fotokopi bahan.

Loker
Loker bag terletak bersebelahan pintu utama Perpustakaan Kejuruteraan.

Wi-Fi
Perpustakaan ini dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau wi-fi. Akses juga untuk pengguna yang membawa komputer riba atau alatan yang boleh disambung menggunakan isyarat ini. “Login” wi-fi menggunakan nama pengguna dan kata laluan e-mel UM berdaftar anda.

Kiosk Buku Pemulangan Sendiri
Kiosk Buku Pemulangan Sendiri beroperasi 24 jam sehari di Perpustakaan Utama. Pengguna boleh menggunakan kemudahan ini untuk mengembalikan buku pada bila-bila masa dan rekod mereka akan dikemas kini secara automatik.

Perpustakaan Pergigian

Kemudahan membaca disediakan di setiap tingkat Perpustakaan. Kegunaan dinasihatkan untuk meninggalkan buku perpustakaan pada troli selepas penggunaan. Tolong jangan cuba simpan buku-buku ini. Barang rak di tempat-tempat yang salah akan mengakibatkan masalah pengambilan yang serius.

Perpustakaan Alam Bina

Ruang Bacaan

Perpustakaan Alam Bina menyediakan 133 kerusi untuk pengguna pada satu masa denagn keluasan lantai 835 kaki persegi.

Bilik Diskusi

Bilik diskusi ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Perpustakaan dan amat sesuai untuk diskusi dan juga mesyuarat.

Mesin fotokopi layan diri
Perkhidmatan fotokopi dikendalikan oleh kontraktor komersial yang disediakan di Perpustakaan.

OPAC (PC)
Komputer dengan sambungan Internet disediakan untuk kegunaan di Perpustakaan untuk mencari maklumat dari katalog Perpustakaan.

Pusat Pelajar
Terletak di Aras 3, Mercu Alam Bina direka untuk memberikan ruang pelajar untuk belajar dan bersantai antara kelas.

Surau / Musollah
Terletak di tingkat dua Mercu Alam Bina untuk lelaki dan perempuan.

WIFI
Akses disediakan di dalam bangunan dengan beberapa titik akses.

Perpustakaan Pendidikan

Perkhidmatan Kaunter
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan kaunter untuk meminjam dan mengembalikan bahan perpustakaan, dan juga untuk denda. Keistimewaan dan denda pinjaman adalah sama seperti yang digunakan oleh Perpustakaan Pusat. Keistimewaan pinjaman adalah terhad untuk 2 item sahaja untuk ahli berdaftar. Pengguna boleh meminta staf di kaunter mengenai perkara yang berkaitan dengan perpustakaan atau mendapatkan beberapa rujukan.

WiFi
Akses disediakan di dalam bangunan dengan beberapa titik akses.

Kawasan Membaca
Perpustakaan Pendidikan menyediakan bidang bacaan untuk pelajar yang boleh didapati sehingga 50 pengguna setiap masa.

Perpustakaan Akademi Pengajian Islam

Bilik Karel
Perpustakaan menyediakan 6 unit karel untuk pelajar pascasiswazah, pelajar tahun akhir, staf akademik dan penyelidik. Karel adalah untuk kegunaan harian dan kunci akan dipinjamkan ke akaun pengguna di Kaunter Perkhidmatan.

Fotokopi
Mesin fotokopi layan diri yang dikendalikan oleh syarikat swasta disediakan di Perpustakaan. Pengguna perlu mematuhi undang-undang semasa mengenai Hak Cipta di Malaysia.

Loker
Loker bag / tempat simpanan barang disediakan berhampiran pintu masuk utama Perpustakaan.

Ruang Membaca
Ruang untuk membaca disediakan di setiap aras Perpustakaan. Pengguna dinasihatkan untuk meletakkan buku Perpustakaan di atas troli selepas digunakan dan tidak menyusun semula buku tersebut di atas rak.

Komputer
Kemudahan komputer yang dilengkapi dengan sambungan internet juga disediakan untuk pengguna.

Wi-Fi
Perpustakaan juga dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau Wi-fi. Pengguna yang membawa komputer riba atau peralatan elektronik boleh disambung ke isyarat ini untuk mengakses Wi-fi. “Login” wi-fi perlu menggunakan akaun rasmi dan kata laluan e-mel berdaftar dengan UM.

Perpustakaan Pengajian Asia Timur

Perpustakaan Pengajian India

Bilik Perbincangan
Sebuah bilik perbincangan yang boleh menampung lapan orang pengguna boleh digunakan pada bila-bila masa. Pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Informasi di Aras Bawah untuk tempahan.

Bilik Karel
Perpustakaan menyediakan 7 unit karel untuk pelajar siswazah, pascasiswazah, pelajar tahun akhir, staf akademik dan penyelidik. Karel adalah untuk kegunaan harian dan kunci akan dipinjamkan ke akaun pengguna di Kaunter Perkhidmatan.

Fotokopi
Mesin fotokopi layan diri yang dikendalikan oleh syarikat swasta disediakan di Perpustakaan. Pengguna perlu mematuhi undang-undang semasa mengenai Hak Cipta di Malaysia.

Ruang Membaca
Ruang untuk membaca disediakan. Pengguna dinasihatkan untuk meletakkan buku Perpustakaan di atas troli selepas digunakan dan tidak menyusun semula buku tersebut di atas rak.

Komputer
Kemudahan komputer sejumlah 4 unit  yang dilengkapi dengan sambungan internet juga disediakan untuk pengguna. Perisian bahasa Tamil dimuatnaik dalam setiap komputer untuk membantu pengguna.

Wi-Fi
Perpustakaan juga dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau Wi-fi. Pengguna yang membawa komputer riba atau peralatan elektronik boleh disambung ke isyarat ini untuk mengakses Wi-fi. “Login” wi-fi perlu menggunakan akaun rasmi dan kata laluan e-mel berdaftar dengan UM.

Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu

Komputer
Kemudahan komputer disediakan sehingga 5 pengguna setiap masa dan juga 1 PC untuk pengguna dengan keperluan khas (OKU).

Bilik perbincangan
Mana-mana ahli yang ingin mengadakan perbincangan boleh menempah bilik perbincangan dan terhad kepada dua jam. Bilik perbincangan hanya untuk ahli berdaftar.

Ruang Pascasiswazah & Akademik 
Ruang ini disediakan khusus untuk pelajar pascasiswazah & ahli akademik untuk mengadakan perbincangan.

Bilik Penyelidik

Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi layan diri disediakan. Setiap pengguna mesti mengambil perhatian dan mematuhi undang-undang hak cipta Malaysia semasa yang berkaitan dengan membaca fotokopi bahan.

Akses Wi-Fi
Perpustakaan ini dilengkapi dengan isyarat internet tanpa wayar atau Wi-Fi.  Wifi login adalah dengan menggunakan nama pengguna dan kata laluan e-mel UM berdaftar anda. Untuk pelawat, sila dapatkan kata laluan sementara di Meja Maklumat.

Kawasan bacaan
Kemudahan membaca disediakan kepada pengguna. Terdapat sebanyak 123 kapasiti tempat duduk di dalam perpustakaan ini. Pengguna dinasihatkan supaya meninggalkan buku perpustakaan pada troli selepas penggunaan. Jangan cuba simpan buku yang digunakan. Barang rak di tempat-tempat yang salah akan mengakibatkan kesulitan pencarian bahan.

Kawasan Pameran
Ruang khas yang mempamerkan koleksi-koleksi pengajian Melayu

Loker
Loker adalah untuk simpanan sementara barangan peribadi. Walau bagaimanapun, Perpustakaan tidak boleh dipertanggungjawabkan untuk sebarang barang yang hilang atau rosak di loker

Perpustakaan Akademi Pengajian Islam, Bachok, Kelantan

Fotokopi
Perkhidmatan fotokopi yang dikendalikan oleh vendor komersil disediakan. Terdapat perkhidmatan fotokopi yang dikendalikan oleh kakitangan. Fotokopi mesti mematuhi undang-undang hak cipta di Malaysia.

Komputer
Kemudahan pengkomputeran disediakan di Perpustakaan. Terdapat lebih daripada 40 workstation komputer untuk pengguna mengakses sumber elektronik perpustakaan dan untuk mengemudi Internet.

Akses WiFi
Pusat Teknologi Maklumat menyediakan akses kepada “internet tanpa wayar” atau WiFi kepada pengguna yang mempunyai komputer riba dengan alat yang diperlukan untuk mengakses WiFi di Perpustakaan.

Ruang Membaca
Ruang bacaan tersedia. Pengguna dinasihatkan supaya meninggalkan buku perpustakaan pada troli selepas penggunaan. Tolong jangan cuba simpan buku-buku ini. Barang rak di tempat-tempat yang salah akan mengakibatkan masalah pengambilan yang serius.

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!