• Info Desk : +603 79567800
  • General:

PERPUSTAKAAN

Perlukan bahan ? Dapatkan dari kami

Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah​

Apa itu Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah ?

Hab Pembekalan Penerbitan Ilmiah adalah perkhidmatan di mana pengguna luar boleh membuat permohonan untuk meminjam buku atau mendapatkan salinan dokumen dari Perpustakaan Universiti Malaya. Perkhidmatan berbayar ini ditawarkan melalui Perkhidmatan Pinjaman Buku dan Perkhidmatan Pembekalan Dokumen kepada ahli berdaftar / tidak berdaftar. Kami membekalkan bahan-bahan akademik untuk keperluan penyelidikan anda. Koleksi kami terdiri daripada 1,208,646 monograf bercetak, 237,641 jurnal bercetak dan 456,585 judul mikrofom.

Bagaimana membuat pesanan ?

Siapa boleh mendaftar?

  • Institusi Swasta
  • Perpustakaan dan Pusat Maklumat Universiti & Kolej
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan
  • Firma Guaman
  • Organisasi Komersial dan Bukan Komersial
  • Penyelidik
  • Ahli Akademik
  • Pelajar
  • Orang Awam

Kami Menawarkan

Penghantaran mudah setiap masa atau di mana sahaja anda memerlukannya

  • Buku
  • Salinan Artikel Jurnal
  • Salinan Kertas Kerja Persidangan
  • Salinan Bab Buku
  • Salinan Mikrofom
  • Salinan Kes atau Perundangan
  • Salinan Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah

Akaun Prabayar

Ia adalah pilihan perkhidmatan pembayaran yang lebih pantas dan mudah untuk mendapatkan perkhidmatan salinan dokumen dan pinjaman buku, selain daripada membayar dalam talian atau melalui invois. Perkhidmatan ini menawarkan pilihan pembayaran alternatif di mana perpustakaan / institusi atau pembiaya boleh membuka akaun dengan kami untuk mendepositkan wang pendahuluan dana pembekalan bahan pemohon.

Perkhidmatan Pinjaman Buku

Pinjaman Buku hanya di kalangan perpustakaan / institusi / pembiaya dengan akaun Prabayar Bekalan Penerbitan. 

Hampir setiap bahan di rak kami tersedia untuk pinjaman kepada organisasi komersil dan bukan komersial, kecuali:

  • Jurnal Kini, Berjilid dan Tidak Berjilid dan Suratkhabar
  • Koleksi Rujukan
  • Koleksi Teras Akademik
  • Koleksi Nadir
  • Mikrofom
  • Koleksi Bahan Bacaan Bebas
  • Tesis dan Latihan Ilimiah

Pesanan Antarabangsa (Pinjaman)

Pengeposan buku boleh dibuat ke seluruh dunia. Untuk pesanan di luar Malaysia, kami menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia melalui udara. Walaupun setiap usaha dibuat untuk memastikan pesanan buku anda sampai segera, walau bagaimanapun kelewatan boleh berlaku di bahagian pemeriksaan kastam dan kelewatan ini adalah diluar kawalan kami.

Kadar Perkhidmatan Untuk Antarabangsa

Dokumen

Perkhidmatan Segera

1 Hari Bekerja
  • Salinan: Artikel / Kertas kerja Persidangan / Bab Buku | USD 20.00
  • Salinan: Kes / Perundangan | USD 40.00
  • Salinan: Mikrofom | USD 40.00

Perkhidmatan Biasa

3 - 5 Hari bekerja
  • Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | USD 10.00
  • Salinan: Kes / Perundangan | USD 20.00
  • Salinan: Mikrofom | USD 20.00

Buku

Perkhidmatan Segera

1 Hari Bekerja
  • Pinjaman | USD 35.00
  • Pembaharuan Pinjaman | USD 10.00
  • Yuran Pemprosesan | USD 10.00
  •  

Perkhidmatan Biasa

3 - 5 Hari Bekerja
  • Pinjaman | USD 25.00
  • Pembaharuan Pinjaman | USD 10.00
  • Yuran Pemprosesan | USD 10.00
  •  

Kadar Perkhidmatan Untuk Tempatan

Dokumen

Perkhidmatan Segera

1 Hari Bekerja
  • Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | RM 40.00
  • Salinan: Kes / Perundangan | RM 60.00
  • Salinan: Mikrofom | tidak disediakan
  • Salinan: Tesis/Disertasi/Latihan Ilmiah | tidak disediakan

Perkhidmatan Biasa

3 - 5 Hari Bekerja
  • Salinan: Artikel / Kertas Kerja Persidangan / Bab Buku | RM 20.00
  • Salinan: Kes / Perundangan | RM 30.00
  • Salinan: Mikrofom | RM 40.00
  • Salinan: Tesis / Disertasi / Latihan Ilmiah | RM 150.00

Buku

Perkhidmatan Segera

1 Hari Bekerja
  • Pinjaman | RM 60.00
  • Pembaharuan Pinjaman | RM 10.00
  • Yuran Pemprosesan | RM 10.00
  •  

Perkhidmatan Biasa

3 - 5 Hari Bekerja
  • Pinjaman | RM 50.00
  • Pembaharuan Pinjaman | RM 10.00
  • Yuran Pemprosesan | RM 10.00
  •  

Kaedah Pembayaran

Pemindahan Dana Elektronik

CIMB Bank Nombor Akaun: 98905000001225 Bendahari Universiti Malaya

e-Pembayaran (Kad Kredit/Kad Debit/FPX)

Epay.um.edu.my

Swift Code

CIBBMYKL

JomPAY

UM-Services | Biller Code: 97741 | Ref 1: 9774157010

perbankan internet

Perisytiharan Hak Cipta

Semua permohonan perlu mematuhi serta tertakluk kepada undang-undang hak cipta Malaysia. Undang-undang hak cipta Malaysia (Akta Hak Cipta (Akta (332) mengawal hak cipta dan pengeluaran lain bahan berhak cipta.

E-MEL KAMI DI

Font Resize
Contrast
error: Content is protected !!