Versi: Bahasa Malaysia | English PETA LAMAN | VERSI MUDAH ALIH
Login Portal interaktif untuk sumber elektronik dan perkhidmatan on-line Masukkan barkod perpustakaan anda dan tekan butang Login.   Bahasa Malaysia English | Bantuan
Jurnal, buku elektronik, perkhidmatan on-line
Cari lebih 1 juta rekod bahan: Tutorial: Pembaharuan Pinjaman
LibGuides@University of Malaya Library: Subject Guides
Repositori dan Arkib Digital
Lawati Blog Perpustakaan!
Pustakawan Anda

Muhamad Faizal Abd Aziz
Head
+603-7967 4783
mfaizal@um.edu.my

Norazlina Dol @ Othman
Librarian (Study Leave)

azliena@um.edu.my

Mohamad Rizar Mosbah
Librarian
+603-7967 4961
rizar@um.edu.my

Ranita Hisham
Librarian
+603-7967 4947
ranita@um.edu.my

Waktu Pembukaan
Isnin hingga Jumaat Buka
8:00 AM -- 10.30 PM
Solat Jumaat Buka
--
Sabtu Buka
9.00 AM -- 4.30 PM
Ahad Buka
9.00 AM -- 4.30 PM
Kenali Perpustakaan Anda

Sesi Kemahiran Maklumat
Untuk Ijazah Tinggi

Strategi pencarian maklumat yang efektif.
Jadual | Daftar
Pautan Cepat

Kenali Perpustakaan AndaPerpustakaan T.J. Danaraj

  1. Pengenalan

    Ditubuhkan pada tahun 1963, Perpustakaan Perubatan T. J. Danaraj memenuhi keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan staf akademik, pelajar ijazah dasar tinggi dan penyelidik dari Fakulti Perubatan dan juga pelajar jurusan kejururawatan, pengamal perubatan dan staf profesional dari Pusat Perubatan Universiti Malaya yang juga merupakan hospital pengajaran dan pembelajaran Universiti Malaya. Perpustakaan ini dinamakan sebagai Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj pada 5hb Mei 2005 sebagai peringatan kepada Tan Sri Datuk Emeritus Professor T. J. Danaraj yang merupakan Dekan yang pertama dan bertanggungjawab menubuhkan Fakulti Perubatan dan Hospital Universiti (yang kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Universiti Malaya).



  2. Lokasi

    Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj terletak di antara Bilik Kuliah Gaharu dan Kenanga di Tingkat 1, Blok Pra Klinikal, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.



  3. Koleksi

    Koleksi Perpustakaan Perubatan T. J Danaraj terdiri daripada buku teks, monograf, jurnal, tesis dan kertas kerja persidangan dalam bidang perubatan dan sains kesihatan. Perpustakaan juga menyediakan buku dan jurnal dalam bentuk elektronik yang boleh diakses melalui Pangkalan Data Elektronik.

    Maklumat mengenai Koleksi Perubatan boleh diakses melalui Pendeta Discovery (Online Public Access Catalogue). Sejajar dengan amalan antarabangsa, Perpustakaan Perubatan menggunakan Skim Pengkelasan National Library of Medicine (NLM) dan Medical Subject Headings (MeSH) dalam kerja pengkatalogan dan pengkelasan.

    • Koleksi Umum
      Koleksi umum Perpustakaan Perubatan yang terdiri dari buku teks dan monograf dalam bidang perubatan dan sains kesihatan adalah untuk menyokong keperluan pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan Fakulti Perubatan dan Pusat Perubatan Universiti Malaya.
    • Koleksi Teras Akademik
      Koleksi buku teks penting yang disyorkan oleh pensyarah Fakulti Perubatan sebagai bahan bacaan pelajar ditempatkan di kaunter perkhidmatan untuk pinjaman selama 24 jam pada satu masa.
    • Koleksi Malaysiana
      Satu naskhah bagi setiap monograf dan jurnal berkenaan dengan Perubatan dan Kesihatan di Malaysia akan disimpan di koleksi tertutup iaitu Koleksi Malaysiana.
    • Koleksi Rujukan
      Bahan rujukan seperti kamus, ensiklopedia, buku panduan, direktori dan panduan penyelidikan dalam bidang Perubatan, Kesihatan, Kejururawatan dan juga bahan rujukan lain yang terdiri daripada laporan dan statistik tahunan boleh diperolehi di bahagian rujukan.
    • Koleksi Tesis
      Koleksi ini terdiri daripada tesis Kedoktoran dan Sarjana oleh pelajar pasca ijazah Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan National University of Singapore.
    • Koleksi CD-ROM/DVD
      Koleksi ini terdiri daripada CD-ROM dan DVD dari aspek perubatan bagi menyokong pembelajaran dan pengajaran di Fakulti Perubatan. Pengguna yang ingin menggunakan bahan tersebut boleh mendapatkannya di kaunter perkhidmatan.
    • Koleksi Bacaan Bebas
      Koleksi ini terdiri daripada bahan bacaan ringan seperti novel, biografi, persembahan puisi dan isu semasa untuk memastikan pelajar Perubatan mendapat akses kepada bahan bacaan yang tidak hanya berorientasikan kepada bidang Perubatan sahaja.
    • Pangkalan Data Elektronik
      Lihat di sini.

s.gif (49 bytes)


SHARE WITH OTHERS

s.gif (49 bytes)

s.gif (49 bytes)